Sunday, November 2, 2008

Debat: Mukhriz vs KJ vs DS Khir Toyo

1. Jumlah pencalonan terkini bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO menunjukkan Datuk Mukhriz masih teratas diikuti Dato' Seri Dr. Khir Toyo dan akhir sekali KJ.

2. Cadangan KJ untuk mengadakan debat antara mereka terus 'didebatkan' oleh pelbagai pihak. Ada yang disiarkan dalam akhbar dan ada juga disiarkan di tv. Tapi debat itu tak juga jadi. Ramai yang tak setuju. Tak perlu.

3. Saya memang langsung tak setuju. Bagi saya debat itu dicadangkan oleh KJ kerana itu boleh jadi satu 'platform' untuk dia projek dirinya. KJ sebenarnya tak 'confident' dengan kedudukannya sekarang. Banyak cara sudah dia buat tapi nampaknya jumlah pencalonan untuk dirinya masih yang tercorot. Betul, jumlah pencalonan tak menjamin kemenangan. Tapi tetap merisaukan.

4. KJ memang pandai bercakap. Maklumlah dia dari Oxford. Dia nak tunjuk pada orang ramai yang dia lebih hebat dan lebih bijak daripada yang lain. Kata Tok Pa, tak semestinya kalau pandai bercakap dan berdebat, orang itu lebih hebat. Ada banyak aspek lain yang diperlukan.

5. Mungkin KJ nak bagi tahu apa manifesto dia dalam debat itu. Manifesto apa? UMNO sudah ada manifesto sejak ditubuhkan lagi. Tak perlu ada yang baru. KJ tak tahu ke manifesto UMNO? Walau apa pun peringkat dan jawatan dalam UMNO, manifestonya tetap sama. Laksanakan manifesto itu dan UMNO sudah tentu berada di landasan yang betul.

6. Mungkin juga KJ nak ulas apa rancangan dia untuk menangani masalah semasa, khasnya kemelesetan ekonomi global. Itu bukan kerja dia kalau pun jadi Ketua Pemuda nanti. Ketua Pemuda UMNO ada tugas-tugas tertentu dan semuanya menjurus kepada parti sahaja. Lainlah kalau KJ jadi menteri atau timbalan menteri. Mungkin juga ada kena mengenanya. Sekarang dia cuma ahli parlimen biasa sahaja.

7. Datuk Mukhriz tak berminat dengan debat ini bukan kerana takut. Dia sebenarnya meluat dengan KJ yang tak habis-habis perasan dia bagus. Dialah yang terhebat, kononnya. Dato Seri Dr. Khir Toyo tak banyak komen. Ada atau tak ada debat tersebut, dia ikut sahaja. DS Dr. Khir Toyo pasti akan ikut debat tersebut kalau diadakan nanti. Dia sudah lama dalam parti. Dia bekas Menteri Besar Selangor. Pasti dia banyak modal yang nak didebatkan nanti.

8. Debat tak perlu. Bagi saya elok kalau diadakan gusti ala WWE dan buat dalam sangkar besi. Siapa yang kekal dalam sangkar jadi Ketua Pemuda UMNO. Barulah betul-betul orang muda namanya. Kuat dan bertenaga. Kita boleh nilai kebijaksanaan mereka berfikir dalam masa yang terdesak, letih dan dalam keadaan badan yang sakit sana sini sebab kena belasah. Tak begitu?

9 comments:

azlishukri said...

debat tak perlu, saya setuju.

Anonymous said...

8. Debat tak perlu. Bagi saya elok kalau diadakan gusti ala WWE dan buat dalam sangkar besi. Siapa yang kekal dalam sangkar jadi Ketua Pemuda UMNO. Barulah betul-betul orang muda namanya. Kuat dan bertenaga. Kita boleh nilai kebijaksanaan mereka berfikir dalam masa yang terdesak, letih dan dalam keadaan badan yang sakit sana sini sebab kena belasah. Tak begitu?

gitulah yang paling tepat sekali. tambah sikit biar sampai MATI lagi bagus tak gitu. ada berani

bronaga said...

saya setuju. tak perlu debat

Singh Is Kinng said...

Salam HJ,

KJ dah geram sebab slogan PERUBAHAN Mukhriz yang mulakan. So KJ went searching for another tag line, setia-kat-wang.

Tapi KJ masih tak puas hati sebab dia selaku naib KP lebih berhak membawa perubahan. So tiada cara lain dia nak hebohkan, kecuali di arena perdebatan.

Jika ada kelapangan, silalah berkunjung ke

http://the-antigonist.blogspot.com/

Wassalam.

Hang Jebat said...

bro azli,

Teruskan menulis dan hentam KJ sampai lumat. Tell us more about the wrongdoings of KJ and his gang.

anonymous,

Thanks for visiting my blog.

bronaga,

Thanks for visiting my blog. I will surely gonna visit yours.

piggy singh,

Salam bro. Pro KJ memang dah habis modal. I like your new slogan untuk KJ - 'setia-kat-wang'. Ha ha ha... I will visit your blog, of course, bro. Thanks.

kicap said...

diantara 3 org tu saya sokong KJ.Memang macam-macam cerita pasal KJ ni. Tapi hakikatnya kj adalah diantara yang terbaik dalam kumpulan 3 orang tu yang mana semuanya tak baik. Mukhriz usia dah agak senja selama ini dia hanua sebuk bisnes bila suara ayahnya orang tak dengar barulah nak masuk gelang dengan berbekalkan aura ayahnya suara dan lidahnya adalah Mahathir. Khir Toyo dah pernah diberi peluang jadi MB Selangor, kroninya kaya penjawat awam dibuatnya macam kuli dia sampai hadiahkan penyapu kepada pegawai penjawat awam.Macam tak masuk akal ideanya. Orang macam ini tak sesuai untuk memimpin.
YB Khairy Jamaludin saya tabik walau pun usia muda 32tahun tapi boleh berdiri dan duduk sama rendah dan tinggi dengan pemimpin-pemimpin kanan BN.Idea-ideanya menakjubkan kearah pembahruan. Menyingkirkan KJ atau membunuh kariernya samalah kesahnya seperti Singapura dilangar todak... InsyAllah KJ akan berjaya menjadi ketua pemuda UMNO pada pemilihan akan datang nanti.

Hang Jebat said...

Bro Kicap,

Itu pendapat you. Ok, saya terima. Masalahnya ialah dah banyak benda yang KJ buat kita semua tak senang. Kita bimbang kalau dia berkuasa nanti lagi banyak masalah akan timbul.

KJ tak boleh disamakan dengan Hang Nadim dalam Singapura dilanggar todak. Jauh sekali. Yang ni saya tak setuju.

Ok, bro. Thanx anyway for visiting my blog and post a comment. I will visit yours too. Cheers!

Singh Is Kinng said...

Salam Tuan Jebat,

Post baru saya pasal menangkis beberapa tuduhan setiakawan terhadap Mukhriz. Ada commentator yang menuduh Mukhriz mengamalkan rasuah di Sabah. Boleh jadi Tuan dapat memberi pandangan mengenai senario di sabab.

http://the-antigonist.blogspot.com/

Wassalam.

Anonymous said...

Belum sesuai masanya berdebat sesama parti. Kerana, rakyat di Malaysia masih lagi kurang membaca (berilmu) untuk menilai apakah yang positif dari perbincangan sebegini. Ramai orang berfikiran negatif dalam menilai sesuatu.
View Profile: Rantong