Monday, April 20, 2009

DUN Penanti: BN Tak Berminat atau Tak Berani?

1. Betul ke BN tak akan bertanding di DUN Penanti?

2. Kata PM itu permainan politik PR. Jika diadakan, PRK DUN Penanti akan membuang masa dan wang ringgit, kata PM lagi. Dalam konteks ini saya setuju. Malah semua PRK memang buang masa dan buang duit. Duit itu pula duit rakyat. Duit kita semua. SPR telah membelanjakan hampir RM 2 juta untuk 5 PRK selepas PRU 12 lepas. Banyaknya. Alangkah bagus kalau duit itu dibuat benda lain yang lebih menguntungkan rakyat. Dalam kemelut ekonomi hari ini, eloklah kalau PRK itu tak dibuat. Saya juga setuju kalau SPR halusi semula sistem dan prosedur sedia ada. Kalau boleh PRK dibuat jika pemegang jawatan meninggal dunia sahaja. Kalau letak jawatan, parti yang menang dulu cuma perlu lantik orang lain sahaja. Tapi boleh ke buat macam tu? Parti yang kalah mesti bercita-cita nak ambil balik kerusi itu.

3. Laman web UMNO kata UMNO dan BN tak berminat nak bertanding di DUN Penanti. Saya rasa elok juga kita lihat dari sudut yang lain pula. Mungkinkah UMNO dan BN sebenarnya tak berani dan tak yakin akan menang?

4. PR dengan 'bangganya' dan tanpa rasa gentar mengumumkan peletakkan jawatan ADUN Penanti dan 'menjemput' BN ke dalam satu lagi PRK yang mereka amat yakin boleh dimenangi dengan mudah pada ketika ini. BN, seperti yang diduga rasa bimbang dengan situasi semasa yang hampir tak memihak kepada mereka langsung dalam konteks PRK. Malah jika sekarang dibuat PRU, mungkin BN akan terkubur. Itu yang dapat kita lihat sekarang. BN memang belum bersedia untuk menghadapi apa-apa pilihanraya ketika ini. Kalau buat juga, BN akan kalah. Pemenang DUN Penanti bersilih ganti antara BN dan pembangkang sejak dari dulu lagi. Kali ini jelas kerusi itu masih lagi milik pembangkang.

5. Rakyat ketika ini masih dimomokkan dengan kisah-kisah UMNO dan para pemimpinnya yang perasuah. Di mana-mana pun orang bercerita pasal ini. Bukan senang nak bersihkan lumpur yang terpalit ini. Ianya mengambil masa. UMNO sebagai parti teras dalam BN perlu bersihkan lumpur ini segera dengan apa cara sekalipun. Ambil tindakan serius kepada mereka ini. Tunjukkan kepada rakyat bahawa UMNO dan BN akan berubah dan kembali ke landasan yang betul.

6. Sebagai contoh, tindakan tidak melantik KJ dalam kabinet adalah satu permulaan yang baik. Tetapi seperti kata Tun M, masih ada lagi mereka yang dikaitkan dengan rasuah telah dilantik dalam kabinet. Malah KM Melaka yang disabitkan kesalahan rasuah dan tidak dibenarkan bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO bulan Mac lepas masih kekal dalam jawatan tersebut. Kenapa tak lantik sahaja KM yang baru? Ini yang tak sedapnya. Ini yang akan 'mengacau' pemikiran, dan persepsi rakyat. Tun M kata siasatan ke atas mereka ini mesti diteruskan dan diambil tindakan, bukan biarkan sahaja ia berlalu ditelan masa. Walaupun ada pepatah atau ungkapan mengatakan "masa akan mengubah segalanya...", namun ianya tidak boleh diaplikasikan dalam politik, khasnya di Malaysia. Dalam hal ini, Melayu nampaknya TIDAK mudah lupa.

7. Perpecahan dalam parti komponen BN mesti diubat segera. Perpecahan dalam MCA yang melibatkan Presiden dan Timbalan Presiden yang seperti berlainan 'kapal' sangat serius. Perpecahan dalam MIC juga sedang berlaku. Mr Samy masih enggan berundur. Saya percaya tak lama lagi pengikut setia Mr Samy hari ini akan bosan dan muak juga dengan pendirian Mr Samy ini, dan mereka akan menentangnya. Ini bukan soal ya atau tidak tapi bila. Dan bila ini berlaku maka semakin parahlah MIC dan semakin goyahlah BN.

8. Dalam UMNO pula, kejadian di Terengganu amat memalukan dan menurunkan lagi nilai UMNO keseluruhannya. Kemelut politik di Terengganu ini sebenarnya sudah lama, sejak selepas PRU ke 12 lagi bila Dato' Ahmad Said dilantik jadi MB. Sebaik sahaja ambilalih jawatan, Dato' Ahmad Said terus tukar kereta rasmi kerajaan negeri dan 'mempersalahkan' kerajaan BN sebelum ini yang menggunakan Proton Perdana. Banyak lagi isu-isu yang bertentangan ditimbulkan selepas itu. Situasi ini seolah-olah menggambarkan macam kerajaan negeri yang baru ini datangnya dari parti pembangkang! Rentetan dari itu maka UMNO dan BN pun tewas dalam PRK Kuala Terengganu. Rakyat Terengganu keliru. Tak tahu nak sokong siapa? Jadi, ambil sahaja jalan tengah - undi calon PAS. Habis cerita. Rakyat sebenarnya bukan tak suka UMNO atau BN tapi itulah hakikatnya. Mereka bosan dengan keadaan itu.

9. Lihat situasi parti-parti komponen BN di Sabah dan Sarawak. Kenapa di sana BN sangat kukuh? Mudah sahaja. Semua orang tahu. Parti-parti komponen BN di sana tidak bergolak. Mereka sepakat dalam banyak segi. Mereka puashati dalam pembahagian kerusi dan sebagainya. Cuma pembahagian jawatan di peringkat nasional sahaja yang kurang memuaskan hati mereka. Namun itu sudah 'diubati' sedikit dalam rombakan kabinet baru DS Najib. Tindakan Datuk Yong TL dari SUPP yang keluar BN tahun lepas bagai gigitan semut yang tak memberi kesan kepada BN. Parti-parti komponen BN Sabah yang lain kekal dalam BN. Mungkin Datuk Yong TL kesal dengan tindakannya itu. Kalau kekal dulu mungkin sudah jadi menteri. Datuk Anifah Aman sudah jadi menteri kanan hari ini. Tapi Datuk Yong TL masih boleh kembali. Mudah sahaja. Alasannya tidak setuju dengan mantan PM lepas. Sekarang PM baru. Di Sarawak pula tak ada UMNO. Kalau ada UMNO, saya rasa BN di Sarawak akan goyah juga. Sentimen dan naluri orang Sarawak agak 'lain' sedikit dari orang Sabah. Mereka tak berapa gemar 'sentuhan' orang luar dalam hal ehwal negeri mereka.

10. Saya yakin UMNO dan BN tak 'berminat' bertanding di DUN Penanti. Jika ini berlaku kita tak terkejut. DS Anwar pun kata BN tak akan bertanding. Dia tahu kenapa. Dia tahu PR akan menang mudah dan BN akan terus tercalar dan luka semakin dalam. Luka itu bukan sekadar boleh disapu ubat sahaja tapi perlu dijahit, dibalut dan dirawat berulang-ulang kali sebelum ia benar-benar sembuh.

5 comments:

Yob Pera said...

Assalamualikum!

Saya andaikan kenapa BN/Umno tak mau bertanding ialah sebab mereka dah kekurang dana kot. Biasalah klu dlm PRK ke PRU ke... mereka perlu wang utk bergerak...

Sarawak... hmmm
Saya rasa dah lama merdeka tp belum ada integrasi... Betul atau tidak saya kurang pasti, org semenanjung tidak boleh beli tanah di Sarawak???? Mgkin sesiapa boleh tolong betulkan saya klu tidak betul.
Cuma org Sarawak boleh lak beli tanah di Semenanjung...
Wallahualam

tukang taip said...

rasanya BN tak perlu sangat mengikut rentak anwar, soal takut atau berani no 2, bila demokrasi disalahguna untuk kepentingan diri adakah harus kita mengikutinya?

Hang Jebat said...

Salam Yob Pera,

Terima kasih melawat blog saya.

Soal dana perkara kecil pada BN rasanya. Mereka tak yakin boleh menang. Itu sebab utama BN taknak bertanding di Penanti. Jawapan PM dan TPM mengatakan ini mainan politik PKR pun ada kemungkinannya. PKR sebenarnya sedang bergolak di P.Pinang. Mereka nak betulkan diri sendiri dan cuba menyeret BN dalam perbalahan mereka sambil cuba mencalarkan imej BN lebih dalam bila BN kalah nanti. Sambil menyelam minum air, kata orang.

Betul. Di Sarawak dan Sabah, orang luar tak boleh beli tanah. Susah nak komen perkara ini kerana undang-undang tanah adalah hak negeri masing-masing.

Hang Jebat said...

Sdr tukang paip,

T,kasih melawat blog saya.

BN tak ikut PRK Penanti sebab taknak ikut rentak Anwar. Anwar sedang cuba betulkan pergolakan PKR di P.Pinang sambil cuba mencalarkan imej BN lebih buruk bila BN kalah nanti.

Hang Jebat said...
This comment has been removed by the author.