Tuesday, October 14, 2008

Datuk Shahrukh Khan!

1. Kerajaan Negeri Melaka bagi gelaran Datuk pada pelakon India, Shahrukh Khan baru-baru ini. Katanya ini sebagai langkah mempromosi Melaka dan Malaysia di mata dunia.

2. Astaga... Sebagai anak jati Melaka, malunya saya! Dari zaman persekolahan lagi saya difahamkan bahawa Melaka memang sudah terkenal di seluruh dunia. Malah ada yang kata orang luar lebih kenal Melaka dari Malaysia sendiri.

3. Kenapa pilih Shahrukh Khan? Hebat sangat ke mamat dari India tu? Takkanlah kerana dia pernah buat penggambaran di Melaka (di Kg. Tg. Bidara dekat kampung saya), terus nak bagi gelaran Datuk? Tak masuk akal. Dia datang buat filem di sini sebab di tempat dia tak ada bandar dan jalanraya yang cantik, kemas dan bersih. Di sana semua bangunan buruk. Jalanraya sempit, kotor dan sentiasa berdebu. Pengangkutan awam seperti bas dan keretapi sama macam kita 20 ke 30 tahun dulu. Lembu penuh di atas jalan walaupun di pusat bandar Bombay dan Delhi. Saya tahu sebab saya pernah ke sana dua kali.

4. Satu masa dulu dia pernah buat kecoh bila peluk dan kemudian sembur air ke muka artis wanita Malaysia yang naik ke pentas bersamanya dalam satu persembahan. Kurang ajar! Hina sangat ke kita? Atau tinggi sangat ke martabat dia? Mamat dari India atau lebih mudah disebut dari Indian Sub-Continent memang 'perasan lebih' dan berlagak. Mereka selalu membanggakan diri mereka kononnya mereka dan negara mereka lebih hebat dari kita.

5. Sebagai kakitangan berunifom kerajaan, saya berpeluang beberapa kali menghadiri kursus dengan mereka. Memang mereka ini 'perasan'. Tanyalah kawan-kawan saya yang lain. Ungkapan yang kerap mereka gunakan adalah, "In my country.....". Meluat-luat kami mendengarnya. Lihat sahaja kalau mereka buat program anugerah filemnya. Bukan main lagi lagaknya. Cuba perhatikan. Suara sorakan penonton sebenarnya telah dirakamkan lebih awal dan dipasang semasa upacara sebagai nak menggambarkan betapa gahnya sorakan penonton. Perasan!

6. Melaka memang diketahui umum sebagai pemberi anugerah dan gelaran yang paling 'generous'. Adakalanya hingga ke tahap merepek. Datuk Shahrukh Khan hanyalah salah seorang daripadanya. Ramai lagi macam dia.

7. Saya ingin bertanya betul ke Shahrukh Khan boleh mempromosi Melaka di luar sana? Adakah dia akan sentiasa menggunakan 'Datukship'nya itu dalam semua urusannya sambil menyebut Melaka sebagai penganugerahnya sebab gelaran itu tak boleh ditampal di dahi, di dada atau di belakangnya. Adakah selepas ini dia akan menggunakan namanya begini?

"Datuk (Melaka, Malaysia) Shahrukh Khan"

8. Tak mungkin. Jangan haraplah.

9. Silap-silap bintang darjah kebesaran yang dianugerahkan itu disimpan di salah sebuah almari buruk dalam rumahnya sebab almari baru yang cantik sudah penuh dengan anugerahnya yang lain sebagai pelakon filem. Bagi dia itu yang lebih penting.

p.s,
Undian SMS dalam Buletin Utama TV3 13.8.2008 - 91% tak setuju. Malunya aku!


2 comments:

azlishukri said...

makin merapu kita sekarang ini. Saya tak faham mcm mana hal ini terjadi. murah sangat darjah kebesaran kita jika hal semacam ini berterusan. salam singgah.

Unknown said...

>merapu dek pucuk yang semakin layu.
>>Ar Badul pun pelakon. Warganegara. Mana anugerah. S. Shamsudin seangkatan dgn Arwah Tan Sri P Ramlee pun Pelakon. Mana anugerah.
>>>Kera di hutan di bagi susu Anmum, Kera belaan di bagi susu pekat manis jer.