Monday, October 20, 2008

Kenyataan Majlis Raja-Raja

1. Majlis Raja-Raja telah mengeluarkan kenyataan akhbar yang menyatakan dengan jelas bahawa Kontrak Sosial yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia tidak boleh dipersoalkan dan tidak boleh diperbincangkan. Datuk A Kadir Jasin ada memuatkan kenyataan tersebut dalam blognya.

2. Melihat kepada puluhan komen yang ada dalam blog tersebut, saya dapati ada sesetengah individu, malah mungkin komuniti yang memberikan komen panas dan ada juga yang melepasi tatasusila sehingga mengeluarkan kata-kata kesat kepada institusi Raja-Raja Melayu. Ada juga yang melemparkan tuduhan kata Raja-Raja pun dapat komisyen dan sebagainya.

3. Betapa emosionalnya mereka sehinggakan Datuk A Kadir Jasin terpaksa meminta agar mereka mengawal emosi dan bahasa yang digunakan.

4. Bagi saya fenomena ini jelas menunjukkan masyarakat kita hari ini semakin lantang dan ada juga yang sudah sampai ke tahap kurang ajar. Bayangkan kalau ada di antara mereka yang bertanya dalam bahasa Inggeris yang bermaksud, "Siapa Raja-Raja Melayu ni? Penting ke mereka? Kita tak perlukan mereka." Yang pasti bagi saya penulis ini sudah tentu bukan kaum Melayu. Kalau dia Melayu, mungkin dia sudah 'diInggeriskan' atau 'diCinakan' atau 'diIndiakan'.

5. Institusi Raja Berpelembagaan termaktub dengan jelas dalam Perlembagaan Malaysia. Raja-Raja Melayu memang terlibat sepenuhnya dalam proses kita mencapai kemerdekaan. Malah Tunku Abdul Rahman juga keturunan Raja. Sejak dulu lagi institusi ini menjadi agen 'check and balance' dalam sistem pentadbiran kerajaan. Yang paling utama ialah memastikan hal-hal berkaitan Agama Islam tidak dipermain-mainkan oleh mana-mana pihak.

6. Namun demikian hari ini sudah ramai orang yang tidak hormat pada institusi ini dan peranannya, khasnya bangsa-bangsa bukan Melayu. Tapi mereka lebih banyak mempersoalkan hak istimewa orang Melayu. Ada banyak perkara. Dulu persoalan ini kebanyakannya dibuat oleh individu tertentu dari parti pembangkang atau NGO, tapi sekarang turut dikeluarkan oleh parti komponen dalam kelompok parti pemerintah.

7. Keadaan semakin berubah sekarang. Mereka semakin naik tocang. Mereka sudah berani menimbulkan soalan-soalan yang menyentuh hal-hal Agama Islam. Yang terbaru kita dengar cerita seorang ahli parlimen bangsa Cina mempersoalkan seruan azan melalui corong pembesar suara masjid yang katanya mengganggu keselesaan kaum lain yang bukan beragama Islam. Berbalik kepada Perlembagaan Malaysia, tidakkah dia tahu Islam adalah agama rasmi negara ini? Jadi, apa jua amalan agama Islam yang rutin, termasuk seruan azan tidak boleh dipersoalkan. Tidak boleh.

8. Orang Melayu mungkin berpecah fahaman politik tapi tidak dalam hal agama. Kaum lain kena 'digest' fakta ini sedalam-dalamnya. Jangan sesekali cuba bangkitkan isu agama kepada kaum Melayu. Akibatnya sangat buruk. Arwah ayah saya pernah terlibat dalam operasi ketenteraman awam masa peristiwa 13 Mei 1969. Arwah cerita bagaimana seorang lelaki Cina bakar Al Quran masa itu. Dia dibelasah teruk oleh sekumpulan lelaki Melayu dan tali perutnya bertaburan di atas jalanraya. Dahsyat. Memang dahsyat!

9. Kita semua tak mahu cerita ngeri begini berlaku lagi. Nauzubillah....

10. Majlis Raja-Raja tahu hal ini. Sebab itu mereka mengeluarkan kenyataan tegas supaya semua pihak berhenti membuat kenyataan berbau perkauman dan keagamaan. Insiden pecah kuil di Ampang bukan bersifat perkauman atau keagamaan tapi lebih kepada perundangan. Ada pihak yang ambil kesempatan manipulasi isu ini menjadi sebaliknya. Ini semua mengundang bahaya yang serupa.

11. Bagi saya, persoalan hak istimewa Orang Melayu boleh diperbincangkan semula. Mungkin tidak semuanya tetapi sebahagian daripadanya. Hal-hal berkaitan Agama Islam dan segala amalannya jangan sesekali dipersoalkan. Bahaya. Amat bahaya kepada keselamatan negara.

12. Daulat Tuanku!

No comments: