Sunday, October 19, 2008

KHAIRY JAMALUDDIN: "UNDERDOG"

1. Kata KJ dia calon 'underdog'. Dalam blognya, Datuk A Kadir Jasin mengulas panjang tentang KJ dan kenyataannya sebagai 'underdog' dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO.

2. Apa yang paling menarik ialah pada suatu masa dulu (tahun 2005), KJ dengan bangga dan tak sedar diri berkata bahawa dia seorang 'shooting star' dan 'tall poppy' dalam UMNO. KJ jadi Naib Ketua Pemuda tanpa bertanding. Bukan tidak ada orang lain yang nak masuk bertanding, tetapi kerana mereka 'dilarang' daripada bertanding. Jadi dia menanglah.

3. Menang jawatan cara begitu pun KJ nak mengaku konon dia hebat dan terus mengaku sebagai 'shooting star' atau 'tall poppy'. Sudahlah begitu, bila dapat jawatan terus nak berkuasa. Kedudukan Pak Mertua digunakan sepenuhnya untuk meratah apa sahaja yang melintas depan mata.

4. KJ ingat semua 'orang kuat' dalam UMNO ini tak tahu apa yang dia buat.

5. KJ ingat mata mereka boleh dibutakan.

6. KJ ingat telinga mereka boleh dipekakkan.

7. KJ ingat mulut mereka boleh disumbat.

8. Ternyata semuanya meleset. Hari ini segala-galanya telah terbukti bahawa sehebat dan sebesar mana pun kelulusan KJ di Oxford tidak mungkin dapat menandingi pengalaman 'orang-orang kuat' dan orang-orang lama yang sudah berpuluh dan berbelas tahun mengharungi kancah politik dalam UMNO dan negara.

9. Banyak silapnya KJ. Selain dari sifat sombong bongkak, yang paling buruk adalah sifat tamaknya. Agaknya KJ tak pernah terbaca atau terdengar kisah anjing dengan bayang-bayangnya - kisah yang menceritakan peribahasa Melayu "Orang tamak selalu rugi". Maklumlah, di Oxford mana ada cerita-cerita semacam ini. Di Oxford mungkin cuma ada cerita pasal 'shooting star' dan 'tall poppy' sahaja.

10. Bila KJ kata dia 'underdog' bermakna dia dah mula nak sedar. Dia dah mula tahu tinggi dan rendahnya langit. Dia dah mula tahu siapa dulu yang makan garam dalam politik negara ini.

11. Kalau betul, syukurlah. Teruskanlah muhasabah diri sehingga betul-betul sedar dan berpijak dibumi nyata. Jangan melayan nafsu tamak haloba yang tidak bersempadan. Alamatnya KJ akan terus musnah dan lenyap begitu sahaja.

12. Bagi saya kenyataan yang paling sesuai dan terbaik yang harus dikeluarkan KJ sekarang adalah menarik diri dari menjadi calon Ketua Pemuda. Dalam kenyataannya itu juga dia mengaku bahawa dia masih muda dan mahu belajar dan menimba pengalaman dahulu. Mungkin pada satu masa nanti barulah dia menawarkan diri untuk bertanding apa-apa jawatan dalam UMNO.

13. Dengan kenyataan ini, KJ pasti merubah persepsi semua orang. Peluang untuknya kembali dengan lebih 'umph!" mungkin menjadi lebih cerah.

14. Insya'allah.

No comments: