Monday, October 13, 2008

DS Anuar Ibrahim: Tarikh Baru Lagi?

1. DS Anuar Ibrahim terus meraba-raba dengan tarikh. Sekarang dia bagi tarikh baru untuk ambil kuasa dan jadi Perdana Menteri Malaysia pada bulan Disember. Tahun berapa tidak pula disebutkan. Tapi tentunya tahun ini. Agaknya. Persoalannya kenapa bulan Disember? Bukankah beliau mendakwa sudah ada cukup bilangan MP untuk tubuh kerajaan sekarang? Kenapa Disember?

2. Masa dia sebut tarikh 16 Sep, Datuk Ibrahim Ali (Ahli Parlimen Pasir Mas, Kelantan) kata DS Anuar tak sebut tahun berapa. Jadi tak semestinya tahun ini. Betul juga. Bila sampai tarikh tersebut, DS Anuar masih tak jadi PM walaupun mendakwa dia berhak ambil alih kuasa sebab sudah ada 31 MP yang setuju melompat ke PKR.

3. DS Anuar desak Sidang Parlimen diadakan segera. Beliau sebaliknya didesak oleh pelbagai pihak untuk mendedahkan senarai 31 MP tersebut sebagai bukti. Ini tidak berlaku sampai ke hari ini.

4. Masa di Kelantan beberapa hari lepas, DS Anuar kata (lebih kurang begini), "kita boleh tunggu berpuluh-puluh tahun untuk ambil alih kuasa. Cuma kita nak uji kesabaran tuan-tuan dan puan-puan semua...". Apa pula maksud beliau kali ini?

5. Bro Rocky'sbru baru-baru ini ada bertanyakan komen Tuan Guru Dato' Nik Aziz tentang kenyataan DS Anuar akan ambil alih kuasa bulan Disember. Kata Tuan Guru tarikh tidak penting, yang penting ianya (ambil alih kuasa) itu mesti terjadi. Mesti, katanya.

6. Bermain dengan tarikh. Itulah yang boleh dibuat oleh DS Anuar Ibrahim ketika ini sebagai "diversion" kepada masalah lain yang sedang beliau hadapi selain daripada kes liwat yang sedang dibicarakan. Sebenarnya dia sedang memecah otak untuk mengkaji semula setiap strategi bagi menangani perkembangan terbaru dalam senario politik negara.

7. DS Najib sudah hampir "confirm" akan jadi PM bulan Mac tahun depan. Hanya satu sahaja halangan baginya iaitu jika beliau kalah dalam pemilihan parti. Ini dilihat sebagai sesuatu yang hampir mustahil. Regu DS Najib pula adalah TS Muhyidin Yassin yang cukup kuat di semua peringkat akar umbi.

8. Regu ini bukan calang-calang tembuk yang bakal dirempuh oleh DS Anuar. Bagi mengimbangi 'kebimbangan' ahli dan para penyokong PKR, DS Anuar terus buat kenyataan bahawa beliau akan ambil alih kuasa dan jadi PM Malaysia pada bulan Disember (sebelum Persidangan Agong UMNO bulan Mac 2009). Strategi menggunakan bulan Disember diharap akan meyakinkan ahli dan penyokong PKR. Namun adakah tarikh ini juga turut diyakini oleh PAS dan DAP? Entahlah.

9. Apa pun kita semua tunggu dan lihat apa akan berlaku pada bulan Disember nanti. Apakah DS Anuar akan umum tarikh baru pula nanti? Apa yang pasti bila tarikh demi tarikh diumumkan, semua orang besar dalam PKR, PAS dan DAP akan bertambah tua termasuklah DS Anuar sendiri. Takut nanti bila akhirnya dapat kuasa semua sistem dalam badan termasuk otak sudah tak berapa berfungsi. Sudah tua.

10. Semua benda samada yang bernyawa atau tidak bila sudah tua atau sudah lama akan menimbulkan pelbagai masalah. Ini hukum alam. Kita tak boleh lari daripada hakikat ini.


No comments: