Friday, October 24, 2008
Politik Wang
2. Saya sempat menelefon sahabat-sahabat di kampung yang sedang sibuk menjalani proses mesyuarat bahagian. Mereka kata memang betul. Politik wang memang sedang berleluasa. Bimbang saya mendengarnya.
3. Saya bimbang politik wang ini akan memusnahkan segala-galanya. Kita nak perubahan. Kita nak calonkan mereka yang betul-betul layak. Kita nak semuanya bersih dan telus. Semua ini akan musnah kalau ada politik wang.
4. Bagaimana kita nak halang perwakilan dari menerima sogokan? Susah. Sangat susah. Siapa yang tak mahu duit? Macamana kaya pun kita, bab duit kita tak pernah tolak. Semua orang macam itu.
5. Bagaimana pula kita nak pastikan semua perwakilan tetap dengan pendirian mereka walaupun terima sogokan? Susah juga. Kata TDM, mereka mesti ada rasa terhutang budi. Tambahan pula kalau jumlah yang diberikan itu sangat besar. Bayangkan kalau sampai RM 20,000.00!
6. Berdasarkan kedudukan statistik pencalonan hari ini, kita nampak calon-calon tertentu cukup kuat. Kita jangan lupa apa yang calon-calon lain sedang buat. Mereka tentu sedang berusaha perbaiki kedudukan dengan cara lain. Sogokan? Mungkin salah satu daripadanya.
7. Selagi belum sampai Mac 2009, selagi itulah kedudukan semua calon belum pasti. Hari ini mereka dapat pencalonan yang berlambak-lambak, bulan Mac 2009 mereka mungkin kalah. Ini tak mustahil kerana wang menentukan segalanya. Bukan kebenaran sebenar. Suka atau tidak suka fenomena ini akan terus berada dengan kita. Mungkin untuk selama-lamanya.
8. Kepada saudara mara dan para sahabat saya yang memegang pelbagai jawatan di kampung saya berpesan supaya kuatkan iman. Yakin pada kebenaran. Kalau betul apa yang mereka sampaikan pada saya, Alhamdulillah. Calon mereka memang tepat. Sekurang-kurangnya buat masa ini. Masa depan siapa yang tahu.
9. Kepada Allah kita berserah. Amin.
Nasib Kakitangan Awam Kontrak: CUEPACS Mesti Tegas
2. Sebagai salah seorang Ketua Jabatan, saya juga ada beberapa orang kakitangan yang semacam ini. Mereka bimbang. Ada juga yang kata mereka takut. Maklumlah kalau sudah berkhidmat selama lebih 10 atau 15 tahun, tentu banyak komitmen mereka terutamanya pada keluarga.
3. Ada di antara mereka yang sedang menanggung pengajian anak di universiti atau kolej swasta. Ada pula yang baru sahaja beli rumah. Berat tanggungan mereka. Apa mereka nak buat bila ditamatkan kontrak nanti? Mereka jadi penganggur. Mana nak cari kerja? Umur sudah meningkat. Sudah tua. Tak ada sektor yang nak ambil mereka bekerja.
4. Alasan kerajaan ialah tidak mampu menanggung beban kos. Adakah selama ini perkhidmatan mereka kepada kerajaan tidak menyumbang kepada sebarang bentuk perolehan? Walaupun kakitangan kontrak, perkhidmatan mereka sama macam kakitangan tetap. Tak ada bezanya. Kalau kakitangan tetap menjana perolehan kerajaan, mereka juga sama.
5. Kerajaan beberapa kali menegaskan kejatuhan ekonomi global sekarang ini tidak memberi kesan kepada kita. Jadi kenapa nak tamatkan kontrak mereka?
6. CUEPACS mesti berjuang habis-habisan untuk mereka. Kerajaan mesti ambil langkah alternatif selain daripada menamatkan kontrak mereka. Kalau tak mahu serap mereka ke jawatan tetap, benarkan mereka terus berkhidmat macam biasa.
7. Betul. Perkataan 'kontrak' bermaksud 'sementara'. Tidak tetap. Mereka boleh ditamatkan kerja pada bila-bila masa. Namun begitu kerajaan harus bertimbang rasa kerana mereka ini rakyat Malaysia. Mereka ada kehidupan yang perlu diteruskan.
8. Selamat berjuang CUEPACS dan selamat berjaya.
Monday, October 20, 2008
Kenyataan Majlis Raja-Raja
2. Melihat kepada puluhan komen yang ada dalam blog tersebut, saya dapati ada sesetengah individu, malah mungkin komuniti yang memberikan komen panas dan ada juga yang melepasi tatasusila sehingga mengeluarkan kata-kata kesat kepada institusi Raja-Raja Melayu. Ada juga yang melemparkan tuduhan kata Raja-Raja pun dapat komisyen dan sebagainya.
3. Betapa emosionalnya mereka sehinggakan Datuk A Kadir Jasin terpaksa meminta agar mereka mengawal emosi dan bahasa yang digunakan.
4. Bagi saya fenomena ini jelas menunjukkan masyarakat kita hari ini semakin lantang dan ada juga yang sudah sampai ke tahap kurang ajar. Bayangkan kalau ada di antara mereka yang bertanya dalam bahasa Inggeris yang bermaksud, "Siapa Raja-Raja Melayu ni? Penting ke mereka? Kita tak perlukan mereka." Yang pasti bagi saya penulis ini sudah tentu bukan kaum Melayu. Kalau dia Melayu, mungkin dia sudah 'diInggeriskan' atau 'diCinakan' atau 'diIndiakan'.
5. Institusi Raja Berpelembagaan termaktub dengan jelas dalam Perlembagaan Malaysia. Raja-Raja Melayu memang terlibat sepenuhnya dalam proses kita mencapai kemerdekaan. Malah Tunku Abdul Rahman juga keturunan Raja. Sejak dulu lagi institusi ini menjadi agen 'check and balance' dalam sistem pentadbiran kerajaan. Yang paling utama ialah memastikan hal-hal berkaitan Agama Islam tidak dipermain-mainkan oleh mana-mana pihak.
6. Namun demikian hari ini sudah ramai orang yang tidak hormat pada institusi ini dan peranannya, khasnya bangsa-bangsa bukan Melayu. Tapi mereka lebih banyak mempersoalkan hak istimewa orang Melayu. Ada banyak perkara. Dulu persoalan ini kebanyakannya dibuat oleh individu tertentu dari parti pembangkang atau NGO, tapi sekarang turut dikeluarkan oleh parti komponen dalam kelompok parti pemerintah.
7. Keadaan semakin berubah sekarang. Mereka semakin naik tocang. Mereka sudah berani menimbulkan soalan-soalan yang menyentuh hal-hal Agama Islam. Yang terbaru kita dengar cerita seorang ahli parlimen bangsa Cina mempersoalkan seruan azan melalui corong pembesar suara masjid yang katanya mengganggu keselesaan kaum lain yang bukan beragama Islam. Berbalik kepada Perlembagaan Malaysia, tidakkah dia tahu Islam adalah agama rasmi negara ini? Jadi, apa jua amalan agama Islam yang rutin, termasuk seruan azan tidak boleh dipersoalkan. Tidak boleh.
8. Orang Melayu mungkin berpecah fahaman politik tapi tidak dalam hal agama. Kaum lain kena 'digest' fakta ini sedalam-dalamnya. Jangan sesekali cuba bangkitkan isu agama kepada kaum Melayu. Akibatnya sangat buruk. Arwah ayah saya pernah terlibat dalam operasi ketenteraman awam masa peristiwa 13 Mei 1969. Arwah cerita bagaimana seorang lelaki Cina bakar Al Quran masa itu. Dia dibelasah teruk oleh sekumpulan lelaki Melayu dan tali perutnya bertaburan di atas jalanraya. Dahsyat. Memang dahsyat!
9. Kita semua tak mahu cerita ngeri begini berlaku lagi. Nauzubillah....
10. Majlis Raja-Raja tahu hal ini. Sebab itu mereka mengeluarkan kenyataan tegas supaya semua pihak berhenti membuat kenyataan berbau perkauman dan keagamaan. Insiden pecah kuil di Ampang bukan bersifat perkauman atau keagamaan tapi lebih kepada perundangan. Ada pihak yang ambil kesempatan manipulasi isu ini menjadi sebaliknya. Ini semua mengundang bahaya yang serupa.
11. Bagi saya, persoalan hak istimewa Orang Melayu boleh diperbincangkan semula. Mungkin tidak semuanya tetapi sebahagian daripadanya. Hal-hal berkaitan Agama Islam dan segala amalannya jangan sesekali dipersoalkan. Bahaya. Amat bahaya kepada keselamatan negara.
12. Daulat Tuanku!
Kita Serba Salah
2. Agaknya kita memang sudah ketandusan pemimpin yang betul-betul sesuai sekarang ini. Ataupun sebenarnya pemimpin-pemimpin kita yang dulu-dulu itu pun ada banyak yang tak kena. Cuma kita yang tak tahu atau tak dapat tahu.
3. Dulu kita cuma dapat berita dari surat kabar, tv dan radio sahaja. Tambahan masa itu cuma ada RTM 1 dan 2. Stesen radio dan tv kerajaan. Surat kabar pun sama juga - kerajaan punya. Semuanya dikawal. Mereka siarkan yang baik-baik sahaja. Lepas itu kita dapat TV3. Sudah mula kita dapat berita-berita yang lebih terbuka sedikit. Tapi tak juga seberapa. Surat kabar tabloid mula melambak di pasaran. Komputer mulai menjadi mainan kita dan lahirlah internet. Kemudian lahir pula stesen tv swasta sepenuhnya - ASTRO. Saluran berita mereka lebih berinformasi daripada stesen-stesen lain.
4. Dulu kita banyak kumpul cerita di kedai-kedai kopi. Biasanya tempat itu terbuka dan panas tapi kita boleh duduk berjam-jam lamanya. Banding dengan hari ini kita boleh dapat macam-macam berita dan cerita dari macam-macam sumber. Sudah tentu - internetlah yang terunggul. Hari ini kita kumpul cerita di depan komputer dalam rumah kita yang selesa (kadang-kadang berhawa dingin) atau di cybercafe yang sememangnya berhawa dingin.
5. Jadi makanya kita pada hari ini sudah tak tentu hala akibat daripada himpunan cerita dan berita yang melambak-lambak dalam sesawang (web) internet. Kesahihan cerita tak tentu lagi. Yang pandai ’spin’ akan ambil kesempatan tokok tambah hinggakan bunyinya begitu sedap dan meyakinkan.
6. Sebagai manusia kita mempunyai berbagai cara, selera dan citarasa tersendiri dalam melihat dan menilai semua aspek kehidupan dan masyarakat. Ada yang begitu. Ada yang begini. Bagi mereka yang cerdik di kalangan kita, yang bercita-cita, yang ada agenda sendiri, aspek ini akan mereka gunakan sepenuhnya untuk meraih kepercayaan dan sokongan kita. Mereka akan manipulasi hati dan fikiran kita dengan berbagai cara dan pendekatan hingga kita akhirnya berkata, “Ya. Aku percaya dia. Betul. Betul.”
7. Jadi, sesungguhnyalah kita semua kena betul-betul dan sangat-sangat berhati-hati dalam membuat apa juga keputusan kerana apa yang kita putuskan hari ini akan menentukan kehidupan kita dan seluruh keturunan kita berbelas, berpuluh atau beratus tahun lagi.
8. Tepuk dada tanya selera.
Sunday, October 19, 2008
KHAIRY JAMALUDDIN: "UNDERDOG"
2. Apa yang paling menarik ialah pada suatu masa dulu (tahun 2005), KJ dengan bangga dan tak sedar diri berkata bahawa dia seorang 'shooting star' dan 'tall poppy' dalam UMNO. KJ jadi Naib Ketua Pemuda tanpa bertanding. Bukan tidak ada orang lain yang nak masuk bertanding, tetapi kerana mereka 'dilarang' daripada bertanding. Jadi dia menanglah.
3. Menang jawatan cara begitu pun KJ nak mengaku konon dia hebat dan terus mengaku sebagai 'shooting star' atau 'tall poppy'. Sudahlah begitu, bila dapat jawatan terus nak berkuasa. Kedudukan Pak Mertua digunakan sepenuhnya untuk meratah apa sahaja yang melintas depan mata.
4. KJ ingat semua 'orang kuat' dalam UMNO ini tak tahu apa yang dia buat.
5. KJ ingat mata mereka boleh dibutakan.
6. KJ ingat telinga mereka boleh dipekakkan.
7. KJ ingat mulut mereka boleh disumbat.
8. Ternyata semuanya meleset. Hari ini segala-galanya telah terbukti bahawa sehebat dan sebesar mana pun kelulusan KJ di Oxford tidak mungkin dapat menandingi pengalaman 'orang-orang kuat' dan orang-orang lama yang sudah berpuluh dan berbelas tahun mengharungi kancah politik dalam UMNO dan negara.
9. Banyak silapnya KJ. Selain dari sifat sombong bongkak, yang paling buruk adalah sifat tamaknya. Agaknya KJ tak pernah terbaca atau terdengar kisah anjing dengan bayang-bayangnya - kisah yang menceritakan peribahasa Melayu "Orang tamak selalu rugi". Maklumlah, di Oxford mana ada cerita-cerita semacam ini. Di Oxford mungkin cuma ada cerita pasal 'shooting star' dan 'tall poppy' sahaja.
10. Bila KJ kata dia 'underdog' bermakna dia dah mula nak sedar. Dia dah mula tahu tinggi dan rendahnya langit. Dia dah mula tahu siapa dulu yang makan garam dalam politik negara ini.
11. Kalau betul, syukurlah. Teruskanlah muhasabah diri sehingga betul-betul sedar dan berpijak dibumi nyata. Jangan melayan nafsu tamak haloba yang tidak bersempadan. Alamatnya KJ akan terus musnah dan lenyap begitu sahaja.
12. Bagi saya kenyataan yang paling sesuai dan terbaik yang harus dikeluarkan KJ sekarang adalah menarik diri dari menjadi calon Ketua Pemuda. Dalam kenyataannya itu juga dia mengaku bahawa dia masih muda dan mahu belajar dan menimba pengalaman dahulu. Mungkin pada satu masa nanti barulah dia menawarkan diri untuk bertanding apa-apa jawatan dalam UMNO.
13. Dengan kenyataan ini, KJ pasti merubah persepsi semua orang. Peluang untuknya kembali dengan lebih 'umph!" mungkin menjadi lebih cerah.
14. Insya'allah.
Thursday, October 16, 2008
Thank You Sdr Azli Shukri
By the way is it Tun Daim Zainudin in that picture?
Tuesday, October 14, 2008
Datuk Shahrukh Khan!
2. Astaga... Sebagai anak jati Melaka, malunya saya! Dari zaman persekolahan lagi saya difahamkan bahawa Melaka memang sudah terkenal di seluruh dunia. Malah ada yang kata orang luar lebih kenal Melaka dari Malaysia sendiri.
3. Kenapa pilih Shahrukh Khan? Hebat sangat ke mamat dari India tu? Takkanlah kerana dia pernah buat penggambaran di Melaka (di Kg. Tg. Bidara dekat kampung saya), terus nak bagi gelaran Datuk? Tak masuk akal. Dia datang buat filem di sini sebab di tempat dia tak ada bandar dan jalanraya yang cantik, kemas dan bersih. Di sana semua bangunan buruk. Jalanraya sempit, kotor dan sentiasa berdebu. Pengangkutan awam seperti bas dan keretapi sama macam kita 20 ke 30 tahun dulu. Lembu penuh di atas jalan walaupun di pusat bandar Bombay dan Delhi. Saya tahu sebab saya pernah ke sana dua kali.
4. Satu masa dulu dia pernah buat kecoh bila peluk dan kemudian sembur air ke muka artis wanita Malaysia yang naik ke pentas bersamanya dalam satu persembahan. Kurang ajar! Hina sangat ke kita? Atau tinggi sangat ke martabat dia? Mamat dari India atau lebih mudah disebut dari Indian Sub-Continent memang 'perasan lebih' dan berlagak. Mereka selalu membanggakan diri mereka kononnya mereka dan negara mereka lebih hebat dari kita.
5. Sebagai kakitangan berunifom kerajaan, saya berpeluang beberapa kali menghadiri kursus dengan mereka. Memang mereka ini 'perasan'. Tanyalah kawan-kawan saya yang lain. Ungkapan yang kerap mereka gunakan adalah, "In my country.....". Meluat-luat kami mendengarnya. Lihat sahaja kalau mereka buat program anugerah filemnya. Bukan main lagi lagaknya. Cuba perhatikan. Suara sorakan penonton sebenarnya telah dirakamkan lebih awal dan dipasang semasa upacara sebagai nak menggambarkan betapa gahnya sorakan penonton. Perasan!
6. Melaka memang diketahui umum sebagai pemberi anugerah dan gelaran yang paling 'generous'. Adakalanya hingga ke tahap merepek. Datuk Shahrukh Khan hanyalah salah seorang daripadanya. Ramai lagi macam dia.
7. Saya ingin bertanya betul ke Shahrukh Khan boleh mempromosi Melaka di luar sana? Adakah dia akan sentiasa menggunakan 'Datukship'nya itu dalam semua urusannya sambil menyebut Melaka sebagai penganugerahnya sebab gelaran itu tak boleh ditampal di dahi, di dada atau di belakangnya. Adakah selepas ini dia akan menggunakan namanya begini?
"Datuk (Melaka, Malaysia) Shahrukh Khan"
8. Tak mungkin. Jangan haraplah.
9. Silap-silap bintang darjah kebesaran yang dianugerahkan itu disimpan di salah sebuah almari buruk dalam rumahnya sebab almari baru yang cantik sudah penuh dengan anugerahnya yang lain sebagai pelakon filem. Bagi dia itu yang lebih penting.
p.s,
Undian SMS dalam Buletin Utama TV3 13.8.2008 - 91% tak setuju. Malunya aku!